Q&A BAHAGIAN A SET 1
Soalan:
(10 markah)
(10 markah)
Anda
ingin menyediakan satu persembahan elektronik yang berkualiti bagi satu sesi pengajaran.
Tunjukkan
dengan contoh yang sesuai bagaimanakah anda dapat menggunakan fitur-fitur
(features) dalam perisian persembahan elektronik untuk membantu meningkatkan
keberkesanan pembelajaran murid.
Jawapan:
Perisian
persembahan elektronik sering digunakan untuk menunjukkan maklumat dalam bentuk persembahan slaid (slide show).
Terdapat beberapa perisian persembahan elektronik yang terkenal seperti
Microsoft Powerpoint, Google Slides dan Impress (dalam OpenOffice). Guru dapat
menyelitkan (Insert) pelbagai media yang sesuai dalam persembahan untuk menarik
minat dan merangsang motivasi murid yang terdiri daripada pelbagai gaya
pembelajaran yang berbeza seperti audio visual dan kinestetik. Murid dapat memperoleh maklumat
melalui kombinasi teks, imej, audio, video dan animasi. Hasilnya ialah
pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Selain itu, guru dapat menstruktur suatu persembahan yang berkualiti menggunakan templat (templates) tersedia yang telah direka khas untuk memenuhi kriteria persembahan yang baik seperti bilangan baris maklumat setiap slaid, saiz dan jenis font yang sesuai, warna tema dan sebagainya bagi mengorganisasikan kandungan. Guru juga dapat mencetak nota edaran (handouts) dalam pelbagai pilihan format yang setia ada dalam perisian persembahan elektronik. Misalnya dalam Powerpoint, slaid yang mengandungi grafik sesuai dicetak dengan pilihan slaid sahaja, manakala bagi slaid yang banyak mengandungi teks sesuai dicetak dengan pilihan garis kasar (outlines). Nota Garis kasar (outlines) dapat disimpan sebagai format dan dibuka dengan pemprosesan perkataan yang sesuai untuk dibuat modifikasi lanjutan oleh murid. Ini dapat memantapkan pembinaan dan guru dapat menyimpan (save as) fail digital persembahan elektronik dalam pelbagai jenis supaya dapat disebarkan atau dibuat modifikasi kepada atau daripada murid untuk mēmaksimumkan pengalaman pembelajaran mereka.
Guru dapat menggunakan animasi gerakan (motion animations) untuk membuat demonstrasi satu proses atau penyelesaian masalah langkah demi langkah. Memasukkan Hyperteks (Hypertext) untuk mengakses slaid dan dokumen tempatan serta Laman Web supaya persembahan berbentuk tidak linear (non- linear) - persembahan interaktif bergantung kepada apakah maklumat yang paling relevan pada situasi tertentu. Penggunaan fitur-fitur lain seperti (Smart Art, Shapes, Image, Transition, Built-in Layout, Slide Master View, Theme Variant dil) dengan contoh yang relevan.

Comments
Post a Comment