Q&A BAHAGIAN B
BAHAGIAN B
(20 markah )
Perisian aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik dan persembahan elektronik boleh diintegrasikan bagi menghasilkan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kemukakan idea anda berkenaan penggunaan PERSEMBAHAN ELEKTRONIK tersebut bagi
menghasilkan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran sesuatu
topik tertentu
JAWAPAN :
Multimedia interaktif merangkumi kombinasi dua atau lebih etemen: teks, grafik, imej pegun, animasi, video, audio dan interaktiviti. aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik dan persembahan elektronik walaupun dibangunkan untuk tujuan yang berlainan boieh diintegrasikan bagi menghasilkan multimedia interaktif untuk sesuatu topik pengajaran. Dengan sedikit kreativiti, guru dapat menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut untuk mengatur, memanipulasi, mereka bentuk, dan menghasilkan idea dengan cara yang kreatif dan interaktif. Multimedia interaktif mempunyai kapasiti untuk menyampaikan sejumlah besar maklumat atau bahan dalam pelbagai bentuk. Ini dilakukan dalam persekitaran yang bersepadu, justeru membolehkan pengguna mengawal pengalaman membaca dan
menonton mereka. Sebagai contoh, pelajaran sejarah kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan Melaka boleh diajar melalui sebuah buku elektronik (e-book) interaktif. MS Word atau PowerPoint boleh digunakan untuk pembentangan
maklumat melalui teks dan gambar. Ini pula dapat dihubungkan kepada laman web yang relevan; dengan itu murid dapat menumpukan kepada satu idea yang lain mengikut rentak dan minatnya.
Dengan menggunakan persembahan elektronik seperti MS Powerpoint, guru dapat menghasilkan outline bagi sesuatu proses. Contohnya kitaran hayat rama-rama, peringkat pembuatan, atau kitaran air. Kandungan visual yang kaya dengan multimedia dan interaktif, kad imbasan elektronik, bahan tutorial dan kuiz juga boleh dihasilkan melalui MS Powerpoint. selain itu, guru juga boleh menghasilkan suatu peta lokasi yang interaktif dengan menghubungkan tempat berkenaan kepada acara, isu atau penjelasan tentang kepentingan sesuatu kawasan melalui MS Powerpoint.

Comments
Post a Comment