Q&A BAHAGIAN A SET2


BAHAGIAN A

( 30 markah )

Dengan menggunakan contoh yang sesuai, huraikan peranan rangka kerja TPACK
dalam memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru
agar dapat mengintegrasi teknologi secara berkesan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran.


JAWAPAN :


TPACK adalah singkatan yang terdiri daripada tiga domain pengetahuan profesional yang berbeza yaitu T untuk Pengetahuan Teknologikal, P untuk Pengetahuan Pedagogi, dan C untuk Pengetahuan Kandungan. Model ini terdiri daripada interaksi ketiga-tiga domain pengetahuan/kemahiran yang diperlukan untuk mengintegrasi teknologi secara berkesan ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen dalam TPACK tersebut adalah PK-Pengetahuan Pedagogical (Pedagogical Knowledge), CK-Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge), PCK-Pengetahuan Kandungan Pedagogi (Pedagogical Content Knowledge), TK-Pengetahuan Teknologikal (Technological Knowledge),

TCK-Pengetahuan Kandungan Teknologikal (Technological Content Knowledge), TPK-Pengetahuan Teknologikal Pedagogical (Pedagogical Technological Knowledge) dan TPCK-Pengetahuan Kandungan Teknologikal dan Pedagogikal (Technological Pedagogical Content Knowledge). TPACK berfungsi sebagai kerangka analisis bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui cara pembelajaran seperti blended, flipped dan kolaboratif, dimana bilik darjah menjadi tempat pembelajaran
berpusatkan murid.

Sebagai contoh, PCK merujuk kepada pengetahuan khusus guru tentang organisasi kandungan dalam sesuatu disiplin. Seorang guru sains mungkin menggunakan PCK dalam mempertimbangkan cara terbaik untuk mengajar kaedah saintifik, sama ada memilih pengalaman secara "hands-on' atau pembacaan dan penghafalan melalui teks.



(PK) melibatkan keseluruhan pemahaman guru yang membawa kepada proses pengajaran yang berkesan, bermula daripada pemahaman tentang proses perancangan pembelajaran sehinggalah pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah, penggunaan masa pengajaran, dan perkembangan psikologi murid. Berdasarkan matlamat pengajaran dan kandungan yang perlu diajar, seorang guru dapat membuat pertimbangan serta memilih strategi pengajaran yang paling sesuai untuk digunakan.

(CK) merujuk kepada pengetahuan yang perlu ada pada guru untuk mengajar bidang kandungan tertentu seperti sains, kajian sosial atau muzik (TK) merujuk kepada pengetahuan guru tentang media pendidikan yang menyokong pengajaran dan produktiviti kelas serta yang diperlukan untuk membuat setup, mengendali dan menyelenaikan masalah yang mungkin berlaku semasa penggunaan media tersebut.

(TCK) merujuk kepada pemahaman guru tentang cara teknologi menyokong mereka dalam memahami isi kandungan yang diajar. Sebagai contoh video klip dapat dimuat turun daripada YouTube untuk digunakan sebagai set induksi dan sebagai penghubung pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan diajar; misalnya apabila guru ingin menerangkan sesuatu proses atau menunjukkan sesuati impak seperti
gempa bumi.

(TPK) digunakan untuk membuat keputusan tentang bagaimana teknologi dapat menyokong strategi, model, atau jenis aktiviti bagi sesuatu pelajaran tertentu.

(TPK) melibatkan pengetahuan tentang bila teknologi dapat/tidak dapat digunakan untuk penyokong pengajaran dan pembelajaran serta cara pelaksanaan yang paling berkesan.

Comments

Popular Posts